5 SEBAB BEDTIME STORY PENTING

5 SEBAB BEDTIME STORY PENTING

“Bed Time Story” ialah bertutur dengan intonasi yang jelas, menceritakan sesuatu hal yang berkesan, menarik, memiliki nilai-nilai yang khusus, dan tujuan yang khusus.

 

Kebanyakan ahli psikologi kanak-kanak mengesyorkan agar ibubapa menjadikan bedtime story sebagai rutin harian di rumah.

 

Bedtime story mengambil masa selama 10- 15 minit setiap malam sebelum kanak-kanak tidur. Bedtime story juga dijadikan sebagai salah satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak ketika di rumah.

 

Waktu sebelum tidur ialah waktu yang paling tenang dan suasana bilik tidur yang cukup baik untuk kanak-kanak hadam setiap kata-kata yang didengarnya.

 

Jadi Cikgu Nuya nak kongsi bersama Ibu bapa mengapa bedtime stories dapat bantu ibu bapa didik anak. Saya akan kongsikan 6 sebab.




01

 

MENINGKATKAN DAYAIMAGINASI ANAK

 

Bercerita dapat meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak iaitu melalui proses pendengaran. Oleh kerana kita tidak mempunyai saluran radio yang bersesuaian bagi kanak-kanak, bedtime story dapat membantu mereka berimaginasi.

 

Jika ibu bapa kehilangan idea ketika bercerita, ibu bapa boleh bertanyakan soalan kepada anak-anak seperti,

“Along rasa kenapa telinga gajah besar?” Dengar jawapan mereka sebelum anda

mengeluarkan fakta yang sebenarnya.



02

 

MEMBINA HUBUNGAN BAIK ANTARA IBU BAPA DAN ANAK

 

Seterusnya ialah bonding time iaitu meluangkan masa untuk bercakap dan melayan kerenah anak-anak. Melalui bedtime story, ibu bapa boleh mengambil peluang untuk bermanja dengan anak. Anak-anak akan merasakan mereka disayangi, pada masa yang sama anak-anak belajar menghormati orang yang menyayangi mereka.

 

Kata salah seorang anak Imam Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir di dalam buku yang bertajuk “Cinta di Rumah Hassan Al-Banna”

,

“kami menghormati ayah

kami bukan kerana kami

takut kepadanya, akan

tetapi kerana kami cinta

kepadanya”

 

Sikap penyayang seorang ayah itu menjadikan anak-anak hormat kepadanya.

 

03

 

MEMUPUK MINAT YANG MENDALAM KEPADA ANAK-ANAK UNTUK MEMBACA

 

Bedtime story juga menjadikan kanak-kanak berfikir bahawa isi kandungan buku sangat

Menarik. Pam Young menceritakan bahawa, anak beliau yang berumur 3 tahun memegang buku di depan tv dan berpura-pura baca dengan meniru nada suami beliau bercakap. Ini menunjukkan perkara sebegini dapat memupuk minat mereka untuk membaca buku.

 

04

 

PERHATIAN UNTUK BERBINCANG

 

Selain itu, Bedtime story salah satu cara untuk menarik perhatian anak-anak untuk mendengar. Contohnya “Goldilocks masuk ke dalam rumah tersebut, walaupun penghuninya tiada. Kita tidak boleh berbuat demikian, ini seolah-olahnya tidak menghormati hak orang lain” Anda boleh mengajak anak-anak berfikir, adakah masuk ke dalam rumah tanpa penghuni itu baik? Pada waktu ini anda boleh menasihati mereka apa yang boleh dan tidak boleh untuk dilakukan.

 

Ajarkan mereka doa-doa harian yang ringkas, suasana yang tenang dan fokus membolehkan mereka untuk menghafal dengan cepat.

 

05

 

RUTIN HARIAN YANG BAGUS DAN BERMANFAAT

 

Kenapa bedtime story dikatakan rutin harian yang

Bagus? Bedtime story boleh dijadikan satu rutin harian yang bagus kerana secara tidak sedar anda telah mengisi masa anak-anak dengan perkara yang bermanfaat pada setiap hari. Walaupun hanya 10 minit bercerita, ia sudah cukup mendatangkan impak yang cukup besar dalam diri anak-anak.

 

Selain dari memupuk minat membaca, ia boleh menjadikan anak-anak sentiasa positif dan mengamalkan nilai-nilai murni yang diketahuinya.

 

Kesimpulannya, bedtime stories boleh dijadikan satu cara untuk mendidik anak-anak ketika di rumah. Luangkan sedikit masa di waktu malam untuk impak positif yang berpanjangan. Jangan berkira masa untuk anak-anak, anak ialah amanah yang akan ditanya oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak, Maka berusahalah semampu kita untuk mendidik mereka.

 

Selamat mencuba!

Back to blog