SURAH & DOA-DOA PILIHAN BACAAN HARIAN

SURAH & DOA-DOA PILIHAN BACAAN HARIAN

RM11.90

Compare
SKU: EDU029 Category: Brand:

Share:

Setiap surah di dalam al-Quran mempunyai fadilat atau kelebihan
masing-masing. Namun ada surah yang mempunyai fadilat yang
lebih besar berbanding dengan surah lain. Bagi memudahkan para
pencinta al-Quran untuk mengenal pasti surah-surah itu dan
memudahkan mereka membacanya tanpa merujuk kepada naskhah
al-Quran, buku Surah & Doa-Doa Pilihan Bacaan Harian ini
diterbitkan. Buku ini sangat unik kandungannya. Antara surah yang
besar fadilatnya untuk dijadikan bacaan harian yang dimuatkan di
dalam buku ini ialah surah al-Kahfi, as-Sajdah, Yasin, ad-Dukhan,
ar-Rahman, al-Waqiah dan al-Mulk. Fadilat bagi setiap surah tersebut
turut dinyatakan. Selain itu ‘Manzil’ yang telah diajarkan oleh
Rasulullah SAW kepada para sahabat r.a. sebagai syifa’ turut
dimuatkan.
Rasulullah SAW juga telah mengajarkan doa untuk memenuhi
segala hajat sama ada duniawi atau ukhrawi. Doa-doa mustajab
daripada al-Quran dan hadis disertakan sekali di dalam buku ini.
Tidak ketinggalan dengan wirid dan doa al-Ma’thurat. Oleh itu, buku
kecil yang mudah dibawa ke mana-mana ini harus dimiliki oleh
setiap insan yang mengaku dirinya seorang Mukmin. Lakukanlah
segala amalan dengan ikhlas dan penuh tawajuh!!!

Dimensions 13 × 18 cm
Customer reviews
  • 0
    0 ratings
  • 5 Stars
    0%
    4 Stars
    0%
    3 Stars
    0%
    2 Stars
    0%
    1 Star
    0%
Reviews

There are no reviews yet.

Write a customer review

Be the first to review “SURAH & DOA-DOA PILIHAN BACAAN HARIAN”

TOP

X