Skip to product information
1 of 4

Surah Doa-Doa Pilihan Bacaan Harian

Surah Doa-Doa Pilihan Bacaan Harian

Regular price RM12.90 MYR
Regular price Sale price RM12.90 MYR
Sale Sold out

Out of stock

Setiap surah di dalam al-Quran mempunyai fadilat atau kelebihan masing-masing. Namun ada surah yang mempunyai fadilat yang lebih besar berbanding dengan surah lain. Bagi memudahkan para pencinta al-Quran untuk mengenal pasti surah-surah itu dan memudahkan mereka membacanya tanpa merujuk kepada naskhah al-Quran, buku Surah & Doa-Doa Pilihan Bacaan Harian ini diterbitkan. Buku ini sangat unik kandungannya. Antara surah yang besar fadilatnya untuk dijadikan bacaan harian yang dimuatkan di dalam buku ini ialah surah al-Kahfi, as-Sajdah, Yasin, ad-Dukhan, ar-Rahman, al-Waqiah dan al-Mulk. Fadilat bagi setiap surah tersebut turut dinyatakan. Selain itu Manzil yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat r.a. sebagai syifa' turut dimuatkan. Rasulullah SAW juga telah mengajarkan doa untuk memenuhi segala hajat sama ada duniawi atau ukhrawi. Doa-doa mustajab daripada al-Quran dan hadis disertakan sekali di dalam buku ini. Tidak ketinggalan dengan wirid dan doa al-Ma'thurat. Oleh itu, buku kecil yang mudah dibawa ke mana-mana ini harus dimiliki oleh setiap insan yang mengaku dirinya seorang Mukmin. Lakukanlah segala amalan dengan ikhlas dan penuh tawajuh!

View full details